Sumbangan dan Limitasi

Sumbangan besar yang disumbangkan oleh Sigmund Freud :


1) Melalui teorinya, kita dapat mengetahui tentang dinamika yang sering berinteraksi dalam jiwa kita sehingga membawa kepada kerisauan.


2) Kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh Freud dapat membantu memahami penahanan dan kepentingan perhubungan kaunselor klien, nilai-nilai pemindahan dan helah bela diri.


3) Kita juga dpat mengetahui peringkat-peringkat perkembangan personaliti dan permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengannya serta tingkah laku yang terhasil akibat terlekatnya perkembangan tersebut dalam satu peringkat tertentu.




Terdapat juga limitasi dalam teori ini, iaitu:


1) Masa dan tenaga yang digunakan sepanjang proses dengan menggunakan teori ini adalah terlalu panjang sehingga memakan 2 hingga 5 tahun untuk menyelesaikan satu kes.


2) Tidak sesuai digunakan untuk melayan jumlah klien yang ramai.


3) Lebih menekankan kepada masalah dalaman dan mempunyai kesan perubatan yang sedikit kepada klien.


4) Teori ini terlalu menekankan tentang naluri seks manusia.


5) Freud terlalu bersikap berat sebelah terhadap golongan wanita.


6) Tidak sesuai digunakan untuk klien yang menghadapi masalah krisis yang memerlukan penyelesaian segera.


7) Teori ini mempunyai sokongan empirikal yang terhad, iaitu berdasarkan pengalaman Freud sendiri.


8) Memerlukan pembacaan dan pemahaman yang mendalam dilakukan oleh terapi.


9) Sukar dilaksanakan oleh ahli terapi atau kaunselor yang baru menggunakan pendekatan ini.


10) Sering dikaitkan dengan golongan pertengahan dan kurang sesuai untuk golongan bawahan.


by
yatee